Saturday, December 25, 2010

~~Penumpang tidur bergelimpangan di Europe's airports~~


OMG, airport sekarang dah jadi hotel sementara bagi penumpang-penumpang di Europe's airport. Hal ini disebabkan oleh salji yang semakin teruk. dianggarkan 10 ribu penumpang terpaksa menunggu flight yang tertangguh dan ada diantaranya terpaksa dibatalkan.Dikatakan mereka ini terpaksa menyambut malam christmas dengan hanya menunggu di airport. Ada yang tidak dapat pulang ke desa masing-masing, manakala atuk dan nenek juga terpaksa beraya bersendirian.lihat gambar dibawah.














sekian





.................................................

~~wishing you merry christmas~~



waaaaaaaaa..... hari ini.
bangun pagi...
teringat lupa mau wish merry christmas to my cikgu tusyen aku dulu.. mr. vicky.. tiap2 tahun aku wish sehhh... baikkan aku.. hahahaha... n at the same time.. arini b'day best friend aku.. anis.. sape x kenal.. lihat ini.

nyanyi ckit.....
happy birthday 2 u... happy birthday 2 u...happy birthday 2 anis.... happy birthday 2 u...



x lupa jugak kawan-kawan sekolah aku dulu...
nyanyi cikit...


jingle bells, jingle bells.... jin jua kuehhh.... ( sila nyanyi dalam bentuk kanak-kanak pelat)


5 SC






sekian



..........................................................

Friday, December 24, 2010

~~hidup bebas tanpa masalah~~


seperti mana tajuk diatas, begitulah aku... nama aku mazlina. sume orang dah kenalkan.. dekat rumah dan sedare mare panggil aku " ina".. dekat sekolah mase form 1 until form 3, panggil nama penuh... baikkan kan kawan-kawan aku. tapi bile dapat kat tok pet habis jahanam ranap nama aku.. cuba teka diorang panggil apa.. baik cikgu atau pun student.. " maslina" yang diseru- seru mereka. terukkan lidah diorang.. eeee... dah beratus-ratus kali aku tegur... tapi dasar lidah keras... persetan kan ajer semua itu... masuk jer form 4.. nm " maz" dah diperkenalkan. mulanya aku suh orang panggil jer " mazlina", tapi diorang x nak.. panjang.. panjangkah???.. haish... aku sekolah kat sekolah asrama harian setahun jer.. masa form 5 aku masuk balik sekolah lama.. mak aku ambil balik dari sekolah sana.. sebab kimia aku dapat 0... dasyatkan... tapi alhamdullillah spm scor terbaik punya. okey cukup... bukan nak bukak cerita pasal ini. masuk ke matrik, dan seterusnya UMP...maka kekallah disitu nama " maz" yang dipuja-puja.. hehhh..perasan lak lu...






sampai sekarang aku x tahu ape maksud nama aku. dulu masa kecik-kecik aku ingtkan nama aku ada 1 jer dalam dunia. kolotkan pikiran aku. mana taknya. dalam sekolah x ader orang pun sama nama dengan aku. yang hampir-hampir 2 ada la sekerat dua. sapa-sapa yang pernah terlihat maksud nama aku.. tulun-tulunlah berkongsi di ruang ini. anakda dah 21 tahun menantikan pengertian di sebalik " mazlina". haaaaa....







dari dulu sampai sekarang, aku jenis manusia yang tidak boleh ada masalah. mak aku kata, perangai aku sama macam bapak aku... heeee...... anak bapak... kalau ader masalah, aku x lalu makan.. asyik memikirkan masalah tersebut selagi x selesai... itu pasal badan aku... hmmm2... sihat-sihat...jangan ikut perangai aku.. tidak bagus. lagi 1 ingat ni, " allah menurunkan ujian kepada hamba yang DIA sayang".. ingat..kata-kata hikmat ni... mai sini... ceq nak habaq 1 cerita.. kejadian ni...wah..macam dasyat sangtkan... " kejadian".. benda ni terjadi masa aku kat ump.. aku baru beli anti- virus.. AVIRA.. dalam sebulan camtu gak la. tiba2 tiba lappy buat hal. aku
buat " system restore" ... tiba-tiba.. anti-virus x berfunction.. bermacam- macam langkah dah di ambil... kemudian.. rasa nak nangis.. tanpa melengahkan masa.. terus tutup lappy dan terus merayap ke katil sambil baring kelubung dalam conforter. memikirkan ape yang akan terjadi selepas ini.. habis melayng duit lagi.. huh.. selepas setengah jam kelubung.. bangun balik.. bukak on lappy, huh... alhmdullillah... anti-virus berfunction semula... selesai masalah...








itulah dia.." mazlina".. sekarang.. aku berbangga dengan nama aku...tokoh terkenal pun ada nama sama macam aku... contohnya... dato' syarifah mazlina ...hidup pasti gembira bila x der masalah... haha..camna nak jadi engineer ni... heeee..layakkah aku...wallahualam....












sekian



............................................................

Sunday, December 19, 2010

~~reunion sejasa~~


semalam aku menghadirkan diri ker majlis reunion Sek. Keb. Jalan Pasar 1. Perasaan gembira la yang teramat sangat, dek kerana hampir 10 tahun tidak ketemu rakan-rakan sezaman kanak-kanak dahulu. Walaupun bilangannya tidak ramai, tapi ini adalah titik permulaan bagi kami. Sesuatu kejayaan akan bermula dari titik permulaan.

program diwaktu pagi. dimulakan dengan ucapan penganjur dan bekas guru besar. Lama sungguh tidak ke temu cikgu2 ku. rindu, sayang, semuanya ada dalam lubok sanubari ini. semalam, semuanya habis.hahahaha...


walaupun batch aku yang datang 3 org jer..yang lain last2 minute x dapat nak datang. tapi x per la. kami tetap meriah. habis semua gosip2 digembar gemburkan. hahhahaha... ader sorang jejaka pemalu ni, namanya johan iskandar. pemalu yang amat, mak ai.. x tau nak kate.. sampai satu tahap. aku cakap kat dier. " t ko tunggu je la orang pompan datang meminang ya ". dasyat bukan. haish... siyesly x penah jumper lelaki camni. malam x keluar rumah, jalan2 KL pun kadang2..... dasyatkan.... yang x tahan.. habis belajar nanti nak keje skali ngan aku.. ...memang klakar.. dier ingat aku ni pandai sangat kerrr... kan.. dier lagi hebat. duduk UTM sehhh... sampai sekarang, cikgu2 semua ingat rambut dier.. hhahaha... tapi yang herannya, dier ni habis x ingat nama2 cikgu... dah delete baik punya memory sekolah ren. haish.. okey...cukup bukak story pasal dier..


sorang lagi kawan aku ni..namanya siti asyura.. sedapkan nama dia. sebut pasal asyura. baru semalam makan "syura". tebaik dari kelate. mana2 negeri pun x leh lawan. syura made in kalate memang the best.hahaa... okey..kawan aku ni, antara yang hot kat sekolah dulu. semua fesyen2 semasa dia up to date. orangnya pandai menyanyi dan menari. paling x leh lupa, dier berdikir barat sampir berdiri... sebab suare x sampai kalau duduk. berani sungguh dier ubah plan... haha... sekarang ni belajar kat uitm. pandaikan dia.. heheh... asyura ni pun segan silu orangnya. haish... senang kate sopan santun la.... hahaa... bagus...



okeylah.. kalau nak cerita panjang sangat... tengoklah pic2 kat bawah ni..

acara balut membalut....
balutan kami paling besar.... haaha... sebab orgnya pun besar..

dari kiri cikgu bahasa malayu, cikgu matematik, dan cikgu pusat sumber..

teringat zaman sekolah dulu, suka sangat main sukaneka ni.. hahha..

ni lah dia" johan iskandar " nya dan " siti asyura". kitrang lepak2 times square jap lepas habis program..

sempat lagi karok kan.. walaupun suara aku suam2 kuku.,..

sila cari betul2..mana mazlina... haha


dari kanan.. guru kelas masa darjah 1

inilah " SEK. KEB. JALAN PASAR 1"





p/s: harap-harap reunion masa akan datang lebih meriah lagi. " SEJASA" dihati. " SEJASA" adalah nama singkatan untuk menaikkan semangat kami...









sekian



....................................................

Friday, December 17, 2010

~~15 anugerah wanita tidak kepada lelaki~~


Aku ada terbaca di salah sebuah fb kawan-kawan kita ni. Jadi di sini, aku ingin berkongsi sedikit mengenai anugerah- anugerah yang allah telah berikan kepada kita(wanita). Tanpa kita sedari, sebenarnya, setiap perkara yang dilakukan akan mendapat pembalasan daripada Allah. s.w.t. Lihatlah betapa beruntungnya kita menjadi wanita. hehe.. Jom.. tinjau- tinjau la anugerah yang diberikan kepada kita(wanita).




‎1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak”

Sabda Baginda: “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

An Nisa 1

"Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat"





p/s: info ini dipetik dari fb Huzaifah Ibnu Harun... untuk tatapan kaum wanita...













sekian




:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Wednesday, December 15, 2010

~~minuman dunia~~



ini fakta yang baru sahaja aku terima dari discovery channel ( astro 551). tahukah anda

antara kegemaran minuman-minuman dunia yang mempunyai rating paling tinggi adalah tea... diikuti dengan kopi dan tangga yang ke- 3 adalah beer.

Antara khasiat tea adalah :

  • Dapat membantu PERTUMBUHAN SEL KULIT
  • MEMBANTU MEMBAKAR LEMAK. teh dapat mempercepat tingkat metabolisme kerana pengaruh antioksidan yang membantu liver berfungsi lebih efektif.
  • MENCEGAH PENYAKIT JANTUNG. Pembekuan throbosis yang abnormal dapat menyebabkan serangan jantung dan stroke, dan teh terbukti mencegah pembekuan lebih efektif.
  • MEMBANTU MENURUNKAN TEKANAN DARAH.
  • MEMBANTU MELINDUNGI DARI DIABETES. Polyphenol dari teh menghalangi amylase sehingga membantu menurunkan gula darah.
  • MENCEGAH KERACUNAN MAKAN. kerana ia boleh bertindak sebagaii pembunuh bakteria.
  • MENCEGAH BAU MULUT.
  • MELINDUNGI DARI HEPATITIS. Teh terbukti dapat menurunkan zat besi di seluruh tubuh yang berpengaruh untuk melindungi hepetatis.
  • MENINGKATKAN KEKEBALAN TUBUH.



sekian


..................................................

Wednesday, December 8, 2010

~~alahai mamak~~


semalam sepagi kami bersama... x la pagi sangat... dalam pukul 10 kan. plan asal pkul 9. minah ( anis) sorang ni mau kemas rumah lengkap. maka di tangguh la sampai pukul 10. Okey, niat suci kami sebenarnya mau breakfast bersama. maka dengan rasminya minah ( anis) & joyah (samaran aku) pergi ke restoran Jalal Yusof ataupun senang cerita mamak la.. At first terasa nak makan capati, tapikan.... haha..... hati besar ini terdetik " hitamnya tukang buat roti canai ni".. haish.. secara automatiknya terbantuk selera mau makan. dalam otak duduk pikir nak order ape(berfikir makanan yang tidak menggunakan teknik jari jemari untuk menghasilkannya). at last, order tosei (okey la, dier x der nak tebar2 tepung 2 ).



lepas sampai makanan, aku pun menyuapkan sedikit demi sedikit, malangnya tak habis.. mesti semua terkejutkan. . aku ni terkenal dengan payah nak membazir. tapi semalam memang tekak tak dapat nak terima.hahhahahahahhaa..lalu perkataan tadi telah terlepas depan minah ( anis).. " hitamnya tukang buat roti canai ni".. terus on the sport kawan aku sorang ni stop makan. alahai kesian dier. dah x lalu kawan... tak tau nak kate la... jarang aku nak ellergic dengan mamak.. aduhai la labu.. maka konklusi yang dapat dibuat dari petikan di atas, tengok dulu tukang buat roti canai, then decide lalu ke tidak nak makan...haha... untuk mengelakkan pembaziran macam aku ni haaa




sejam lebih jugak la kami lepak..sembang punya sembang.. habis sembang 2 orang, kami serang pulak bakery ( tempat lama aku kerja ).. sambung sembang lagi.... macam2 cerita di bukak.. habis check point yang 2.. kami ke pasaraya Sri Kota ( dah jadi sebahagian dari hidup)...
walaupun hanya membeli 1 barang, aku ngan anis mesti tawaf beberapa kali dalam pasaraya 2. 1 demi 1 kami belek2.... hehe...



inilah minah ( kanan) dan joyah (kiri) yang aku maksudkan.... kami memang suka meronggeng bersama.









sekian




..........................................................


~~award dari si dia~~


ader orang kasi saya award....
tiba2 terpikir.. layak kah... haha.. blog pun sekadar sedar menyedapkan mate jer...



1) Berikan 1 nickname untuk pemberi award

Affiza " brave"... sepanjang i kenal u.. u sngt berani2.. amek risiko.. risiko ape... itu rahsia... haha



2)Ucapan untuk pemberi award
" شكرا " . maksudnya.. cari sendiri.. heee



3) Berikan 6 artis/singerband yang korang minat

  • Saloma
  • P. Ramlee
  • Dato' Sarimah
  • Kak Nita ( Anita Sarawak)
  • Vince
  • Aisyah
  • Nora


4) Bagi award ini kepada 6 blog yang cun & cantik




sekian



/////////////////////////////

Sunday, December 5, 2010

~~menariknya bunga api~~


salam hujung minggu kalian semua.hari ini di kl cuaca baik sekali. awan kebiru biruan. baru habis menonton melodi yang diselang selangkan dengan channal channel 55o (astro. national geo. wild). sekarang dah jarang tengok melodi, x tau sebab apa. mungkin dah bosan dengan gosip2 begitu. rancangan2 gosip dah makin bertambah. jadi x der apa yang kiter x tau. blog sendiri dah banyak cerita pasal gosip. mungkin disebabkan jarang mengadap tv, maka aku kurang untuk menonton rancangan sebegitu. masing2 ada andaian dan pendapat yang tersendiri. heeee....




semalam, tengah syok2 menonton, tiba2 ader terdengar bunyi letupan. boom... boom... kepek3... bunyi apakah itu? tidak mungkin letupan korea sampai ke malaysia, atau pun sudah khiamat ( sangat menipu, nmpk sangt x cukup ilmu ag. ia hnya berlaku hari jumaat sahaja). eceheceh... gurau jer. sebenarnya bunga api yang meletup letup 2.sekian.caitt... kasi confius semua orang aja adik manis.




mungkin semalam mereka2 ini celebrate birthday atok mereka yg ke-100 ( kebanyakan atok mesti jadi askar zaman muda2) ataupun celebrate kucing mereka yang berjaya melahirkan kembar 4 5 ataupun celebrate parti buih. ish ape ni... berbau luc. .banyak la kau punya andaian.
enough!!!!!!!!!... sampai sekarang x terjawab.





mai ni nak share sikit pasal fakta dan sejarah bunga api ni.Bunga api telah dicipta oleh orang Cina purba pada kurun ke-12 untuk menghalau roh-roh jahat, dimana ianya direka melalui penambahbaikan ubat bedil Cina. Pertunjukan bunga api dianggap penting kepada kaum Cina apabila ianya digunakan sehingga sekarang iaitu melalui sambutan Tahun Baru Cina, dan sambutan perayaan Kuih Bulan. Negara Cina merupakan pembekal dan pengeksport utama bunga api di dunia. Bunga api menghasilkan empat kesan utama: bunyi, api/cahaya yang berwarna, asap dan bahan terapung (seperti konfeti) melalui pembakaran bahan-bahan tertentu seperti serbuk letupan, sulfur dan pelbagai jenis bahan kimia yang lain.



Oleh kerana bunga api menghasilkan asap beracun yang berupaya mencemarkan alam sekitar dan mencederakan orang lain, perdebatan mengenainya dibincangkan seluruh dunia. Info ini di petik dari wikipedia ( tidak diiktiraf untuk mana2 kajian projek sarjana muda dan sebagainya). ini sekadar ilmu pengetahuan untuk anda semua.
















sekian





.............................................

Friday, December 3, 2010

~~kalau teringin boleh cuba~~


maghrib sudah berlalu... awak2 semua dah solat ker.ingat!!!! solat itu tiang agama. sejahat mana pun kita, jangan la tinggal solat. sesungguhnya solat itu pendinding untuk kita untuk buat jahat. kan. eh, orang solat tak buat jahat kah? tipulah kita kalau x buat jahat sungguh pun sebesar zarah. kan. tambah, manusia bernama MAZLINA. lagi la selalu buat jahat. dasar bajingan ...(pinjam ayat seseorang ) dan biasenya aku akan menyesal bila time lepas keluar result final( kalau dapat teruk) tak pun x lepas nak jawab exam atau test. heeee... itulah mazlina. aku agak perasan sebenarnya perangai aku sama seperti farah hazrina. sedapkan nama tu. semanis nama sehalus budi bahasa tuannya. okey.. dah2.. ini introduction nya sahaja.





sebenarnya, aku nak bercerita. cerita apa?????



jeng




jeng




jeng
(dah macam blog SN, banyak spacing2, sorry aku dah mengexcercisekan tangan anda semua)


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



semalam aku masak ikan bawal 3M. ada rasa manis, masam dan masin. atau bahasa scientificnya " sweet sour". nak lebih scientific lagi masam masam manis ala2 cerita P.Pamlee.
ak x nak cerita resepinya. korang pun boleh google je kan. istimewanya masakan aku kali ni, aku ada tambah buah apple.hurmmm... sedap. inilah salah satu penangan channel 703 & 701 (astro). hebatkan...





seriusly, masakan lagi bertambah sedap, bila masukkan apple. buktinya, habis licin adik aku bedal tanpa meninggalkan sisa. haha.... kalau x percaya cubalah. untuk pengetahuan semua, selain masukkan buah apple yang di potong dadu, aku ader letak timun, carrot. dan bahan2 tambahan lain. kalau nak disenaraikan, berceleret la pulak entry ni.





ok.... bagi sesiapa yang terliur tu, bolehlah cuba nanti. selamat mencuba










sekian


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Monday, November 29, 2010

~~berjalan sambil mengkaji~~



apa yang anda dapat kaitkan dengan hasil gabungan picture2 di atas. haaaa... ni ceq nak habaq..opsss terkeluaq bahasa kedah. "terkeluaq". silap.. terkeluar.. semalam + kemarin aku terlibat dengan semua aktiviti di atas. semuanya di atas kan. dah macam ala2 surat rasmi dah.




pic no. 1: aku g makan kenduri kawen dekat bangi, taman ape lupa lak nama dia. rasa teruja sekejap, sebab yang kahwin ni adalah jiran lama aku. sekarang beliau bekerja sebagai seorang pensyarah. nama beliau jugak kebetulan nak dekat dengan nama ak. " nur malina". hampir sama bukan. hanya tabah "z" sahaja maka jadilah " nur mazlina". hhahahahaah... kalau dah nama kenduri jiran2 lama, sudah tentulah berjumpa dengan jiran2 lama. sekarang ni semuanya dah mencapai ketinggian tahap maksima atau bahasa lainnya nampak la kematangan mereka2 ini, handsome2 belake, yang terbaru ak dah jumpe dengan seorang bakal engineer, abroad kat australia. hebatkan teman2 sepermainan ak dulu(walaupun masa main asyik kene jadi goal keeper jer). seriusly memang bangga giler dengan diorang.okey, cukup untuk 1 pic.eh... tertinggal, nmpk x piala yang tercangak kat atas 2. piala 2 bukan ak punya.. hahhaa. piala itu adalah hasil kemenangan adik bongsuku. menang emas pertandingan futsal anjuran DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR. hebat kan. ( bangga dengan adik kejap).





pic no. 2 & 3( budak kecik pegng straberi):entry lepas, aku pernah menceritakan al-kisah budak kecik ni.apa yang mengagumkan aku, budak kecik ni atau nama manja dier " baby isha" suka sangat makan buah strawberi. aku panggil dier anak orang kaya. sebab suka makan buah strawberi. memang sedap. sekali dengan aunt2 dier bantai skali. hehee... sedap. strawberi yang di import lebih sedap dari strawberi cameron highlands. aku bukan nak menganak tirikan strawberi tempatan. tapi itulah faktannya, strawberi cameron hanya sedap di makan masa kat cameron sahaja. benarkan kawan kawan. walaubagaimana pun straberi cameron pun sodap jugak. cuma masam jer cikit( bile bawa turun).





pic no. 4:ini adalah pemandangam kuala lumpur. mase ni ak menginap semalam dekat grand season hotel. hotelnya lawa, lobbynya pun cantik. tapi 1 benda jer ak x berkenan, hotel ni mengamalkan konsep "clean & dry". pape je la. kalu salah bagi tau ek. seriusly, memang susah nak "melabuq". bahasa kedah. sila pahamkan...kenapa lah suka sangat buat konsep 2. dah menyusahkan penduduk malaysia. walaupun kami bukan pelancong asing, ataupun bangsa cina, respect la sama. Malaysia negara islam, so??? paham2kan la. tak boleh ke malaysia membuat standard piawaian tersendiri bagi mendesign sesuatu tempat(mentang2 aku belajar design umah).. huh.. memang sangat kecewa kot. dan nak diingtkan kepada semua, salah satu dari tanda2 akhir zaman, muncullah banggunan2 pencakar langit. lihat banyak bukan bangunan seperti itu. memang tidak dapat dinafikan (aku sendiri duduk umah yang hampir boleh dikategorikan pencakar langit, hamek ko. tingkat 16 umah ak, helikopter dah macam lalu atas kepala.)





p/s: harap entry x basi lagi, i kasi panaskan balik.










sekian




""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Thursday, November 25, 2010

~~menghitung saki baki kehidupan~~


mata sudah merah!! pipi sudah panas!! bibir sudah kering!! tangan sudah lengoh!tekak terasa perit!! petanda apa ini... oh tidak.. jangan kate i nak demam.. tolonglah jangan. setiap kali balik rumah. mesti simtom2 ni berlaku. tak kan elergic balik rumah. haha.




okey la. hari ni habis semua all out. all out lah dah paper terakhir untuk sem 5. 3 sem sedang menanti anda. itu pasal penyakit baru nak datang. haish.. tolonglah jangan demam, aku nak balik kampung, aku nak gi bejalan sepanjang cuti.




hmmmm. mau packing baju, malas, mau lipat kain.. nasib baru habis lipat. mata dah berkelip kelip kebasahan, katil melambai lambai.sampai sini sahaja. kalau tak ader arang melintang, i kasi cun ini entry. daaaaaaaaaaaaa...eh lupe.. kepada kengkawan... happy holiday. jangan main mercun. t putus jari( merry chrismas)














sekian



"""""""""""""""""""""""""""""""

Related Posts with Thumbnails