Saturday, December 10, 2011

~~hari ini hari sabtu~~


assalamualaikum...



hari ni saya bosan..nak rehat dalam bilik puas2..bia pun x keluar g merendek, tapi saya puas. dapat membiarkan masa berjalan tanpa makna. malangnya ia hanya mimpi, hari ini saya terpaksa meneruskan kerja2 yang patut disiapkan. ollaaaaaaaaaaaaa....wake up mazlina jangan buang masa. x habis2 asik tengok tv je. habis 1 cerita 1 cerita kau angkut. kalaulah astro ader tayangan percuma, mau hitam panda mata kau mengadap skrin LCD ni. awan di langit bakal menunjukkan belangnya. sekejap lagi mesti bederau hujan turun. okey hari ni saya rajin menglist downkan kerja2 hari minggu:

  • Study Economics of Engineering ( Khamis ni test)
  • Study Steel n Timber (Rabu ni test)
  • Final Year Project mesti sentuh sikit chapter 3 ( lagi 2 minggu dh nak presen.)
  • Siapkan assignment Economics of Engineering. (Kena submit khamis ni)
  • Kalau rajin buat nota Environment Management. (Kalau sempat)






dari dulu mengidam nak main bungee jumping...heeee.. salah 1 impian yang harus dicapai.






okey....doakan aku berjaya dalam hidup. dan dimurahkan rezeki. amin....













sekian



<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sunday, December 4, 2011

~~haji mabrur~~


assalamualaikum semua...

hari ni hujan ....sedap...sejuk...klu dah sejuk ape lagi, mesti ramai yang suke mengeraskan diri atas katilkan. yang penting dalam otak dok keliling kitar hayat assignment, FYP, projek yang perlu dilunaskan secepat yang mungkin..aduhai...


hari ni, hajat aku nak tengok ceramah haji tercapai juak. ai dah rasa dah debaran nak mengadap kota suci makkah. melambai lambai ia memanggil. tapi apakan daya, hanya niat yang mampu. mungkin suatu hari nanti aku akan sampai jugak ke sana.


simulasi haji memang menarik minat aku. seronok tengok ustaz penceramah semangat terangkan simulasi tersebut. ehehhehe... macam-macam benda dok main kat pikiran aku masa 2., bila la boleh merasa menjejakkan diri ke sana, harap2 la durian runtuh datang bergolek- golek dan aku dapat g makkah dengan tanggungan percuma.yeehhhhhhhhhaaaaaaaaaa... masa tu baru sentap kau mak...hahah


khusus kawen???? dah lepas

khusus haji???? haaa...itu yang kiter x tau


biarlah dengan permulaan aku membuka akaun simpanan tabung haji sebbagai pembakar semangat nak ke sana. mudah mudahan doa dimakbulkan..amin.. kalau boleh sebelum aku menjejakkan diri ke alam perkahwinan, aku nak sangat umrah dulu. itu pun kalau ader rezeki... besarkan impian aku..wah~~ hanya mereka2 ini yang memahami ku ( kredit to ajaa tyne n tikah) itu belum masuk lagi impian aku yang lain. haish..banyak betul impian mazlina ni kalau nak di list down kan.












sekian




<<<<<<<<<>>>>>>>>

Wednesday, November 2, 2011

~~cerita pagi~~

hari ni saya rajin lagi. bangun tidur, mandi , kemas2 bilik n bukak lappy..mulakan hidup anda dengan senyuman, macam biasa dengar ja kan ayat2 macam tu.


bila tengok file engineering economics, terngiang ngiangkan muka lecturer saya, huh, sudah jatuh cinta ka....oh tidak.. sebenarnya saya tengah semangat nak study economics...tetttt...

okey bye...


*kalau ader masa, saya akan menceritakan tragedi buruk pertama dalam familyku.






sekian





<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>

~~perancangan bulan 11~~



wooo..
badan saya sakit, otot2 saya dah mula mengecut, otak dah bagi arahan untuk tidur, tapi ingkar jugak sebab teringatkan kerja yang sedang menunngu masa..malam ni wajib tidur awal...


bila tengok belog ajaa tyne saya yang suka menghupdate belog, tiba-tiba teringat belog saya yang sudah agak kusam. maaf ya kawan-kawan, jari jemari terasa berat sangat nak menaip.. dengan tidak disengajakan malam ni terajin nak mnghupdate belog.


kepala dah pusing2 nak tido..tengok planner bulan ni penuh dengan assigmnt dan project yang nak kena hantaq, adoi ai...saya suka hidup macam ni, saya suka banyak kerja, saya suka buat kerja, lorrr...nak kater worker horlick la 2...haish...jangan perasan...angkat bakul sendiri


esok, lusa, tulat saya akan terbang dengan kenderaan panjang ke kuala lumpur semula sambil ilmu penuh digalas dibeg mahupun beg tarik.. hoho..

planner untuk bulan ni.. x termasuk lagi 2 test after raya haji




x nak cakap banyak, mata dah dua dua naik ke atas.. tandanya apa itu ya... jom tidur...














sekian




<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>



Tuesday, August 16, 2011

~~Break fast~~

assalamualaikum.
tengah2 malam macam ni pun online lagi. mana taknya tadi dah terbedengkor 1 jam lepas berbuka. huh memang penat bulan puasa ni. Walaupun office hour sepatutnya balik awal ,jam 4.15pm.. tapi aku tetap gak balik nak dekat pukul 6.Kerja bertimbun timbun,mak ai sapo nak buat. Kalau x puasa x payah cakap la,sampai malam pun ader.hari ni dah 16 ogos..genap 16 hari puasa.alhamdullilah.

malam ni curi2 bukak blog kejap. dah lama rasanya x godek2 blog.hahah...harus2 pandang...hari ni ader benda nak diceritakan. haish...cukup dasyat

semalam aku ader majlis berbuka puasa dekat Restoran Decantor, area Bukit Damansara dengan hampir semua staff company partner.ader la lebih kurang dalam 40 orang gitu la. Langkah kanan masuk....nak tau ape aku nampak... my secondry school teacher....OMG...memang terkejut...it so surprise u...tup2 pandang kat meja sebelah pulak...my ex-classmate...OMG..

Okey, for the first time...otak aku mula mengkaji ape kaitan mereka2 ini dengan company aku. "YIP" nama ketua keluarga.Therefore, betullah sebenarnya kawan aku ni anak bos besar company share holder. Wah~~ mak(cikgu) dia pulak...sebenarnya Mrs. YIp... Okey..sekarang dah paham...Kalau dekat sekolah, orang panggil dia Pn. Phang, But in Business World, she known as Mrs. Yip.. Sungguh kecik dunia ni....


When I say hello to her( classmate), she was surprise and our big boss also concern about this. Bagus Mr. Yip. since tak pernah tengok Mr. Yip, dan inilah pertama kali aku tengok, memang agak excited sikit la..mana taknya..sebelum2 ni..aku buat surat2...memo2..juz nmpk sign dier jer..orangnya x pernah jumpa sebab duduk floor lain2...memang kecik sungguh dunia ni... bersembang punya sembang, nak dekat setengah jam jugak la berbual. My Ex-Classmate ni still sama macam dulu, x berubah, lemah lembutnya, cantik, pandai x payah cakap la...kann..haish

Sembang punya sembang sampai lupa nak snap sekeping 2 gambar..alahai.. tapi x per..biarlah kenangan semalam 2 bertapak dalam minda. Makanan dekat restoran 2 pun memang sedap, traditional food ader, italian, western2,huh..memang makan sampai kenyang. siapa2 yang nak rasa makan di Decantar untuk Ramadhan Buffet, boleh la klik disini...

Okeylah, cou dulu,ader kerja mau disiapkan...
Rasanya x lambat lagi ank ucapkan " SELAMAT BERPUASA"








sekian


<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>

Tuesday, May 24, 2011

~~Lady Gaga memang unik~~

sape tak kenal lady gaga ni...memang berlubang-lubang la....dier ni memang terkenal dengan keunikan yang agak pelik, dan menyeramkan..tengok la pic.2 kat bawah ni..ish...memang x senonoh langsung...walaupun ilmu nyanyianya tinggi, pandai mengekspresskan nalurinya..tapi mak ai...ni lah hasil terlalu mengekspresskan hati...



suke sangat pakai spentot macam tu

ini fesyen mate ketumbik...

cat women

kasut berinci-inci tebalnya...







sekian


>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<

Tuesday, May 17, 2011

~~satu langkah menuju alam lain~~



selamat semua. sudah berhabuk..bersawang, beranai-anai lelabah blog aku ni. hari ni aku nak kasi clean,kilat, habis cun. sesudah berberapa bulan blog ni diberi cuti bersalin( 3 month ++).. hari ni aku cuti, duduk2 rehat dirumah..kajap nak lagi masuk dapur, campak ape yg patut untutk jadi santapan tengahari.



well, semua orang bersemangat.. membara, membako.nak tau sebabnya??? haaaa...diam tak diam aku dah 3 tahun belajar kat UMP. kini dah tiba masanya aku untuk melatih atau menyesuaikan diri dengan industri.meh terang-terang ceq nak habaq, sebenarnya la ni ceq tengah "practical".. senang ceritakan.




seronok nervous 2 semua ada..dan2 get ready berlakon depan cermin perkenalkan diri dengan gunakan high vocab..mmg mantap.. hafal latar belakang company..hee...ni sume preparation sebelum melangkah masuk ke campony 2..kang tup2 dia p tanya " what do u know about this campony?" haa..mati nak jawab..nasib baik x tanya...selamat. memang tak tipu.. gaya nak p practical dah macam nk p exam.. nota ringkas di tangan, tido bersebelahan dengan nota ringkas..nervous punya pasal..takut macam2 soklan di tanya..pada hal tak der pape pun..cuak lebih.. tak per la..janj ada preparation...sebelum buat pape2..biarlah ader seidikit ilmu di dada..haaaaa




ni nak cerita....1st day datang. mak ai..memang bagus aku ni..kul 8.30 dah keluar umah..8.40 dah tercangak kat depan pintu..tekan loceng...masuk dan duduk kat conference room. memang hebatkan..terbaik la..dalam otak ni sibuk dok menghafal.sapa pengasas campony ni.. berdebar.. tunggu punya tunggu sempat gak la habis baca sekeping plan tersadai atas meja tu..




HR menjemput aku, bertanya sedikit mengenai ENVIRONMENT... memang benar kate che noram..pihak industry memang confius mengenai CIVIL ENGINEERING (ENVIRONMENT).. tapi nasib baik aku pandai explain.. heeeee.sesi perkenalkan dengan staff..dan engineer2.. bagus mereka2 ni.. ramah, baik, mudah terseyum.. aku suka aku suka walaupun malam sebelum 2 mak aku ader mimpi..kasi hint..yang 1st day practical aku call mak sambil nangis2 tersedu-sedu...x suka practical kat situ..hahhahaha....memang lawak.. sudah nyata mimpi..mainan tidur semata-mata....



supervisor(SV) aku ader 2 orang... sorang engineer perempuan., seorang lagi chinese smart guy.. memang peramah... company ni buat project water work..piping.. memang poning..
1st time tengok component2 pipe..tapi walaubagaimana pun memang best, mencabar..



hari ni saja banyak benda aku belaja, baca plan yg macam2 symbol..tengok progress2 report sambil 2 siapkan terus log book..kan senang, balik terus rehat. BQ pun dah start buat.. memang seronok...1st day dah macam2 aku tau, memang betul orang cakap, nk cepat belajar buatlah dengan company cina.. memang terbaik. bukan nak mengagong2kan cina, tapi inilah fakta sebenarnya. melayu pun ada yang bagus...hee jangan marah..




eh dah pukul 12...mau masuk dapaur..menu istimewa hari ini, masak lemak kuning kangkung, senggang sotong (request from my dad ) ikan cencaru bakar cicah air asam, ayam goreng kunyit kasi perah limau kasturi sket...nyum2 wangi....dan last skli x tinggal budu tempoyak sama itu ulam raja,dan buah jering...heeee




Dynivest Progress Sdn Bhd


progress report nak bagi kat client

supply air dari water tank..










<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>



sekian

Sunday, February 20, 2011

~~penemuan baru mengenai khasiat budu sebenar~~

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadikajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".



Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.



Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.



Hidangan budu bersama nasi kerabu
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).



Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.




Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.




Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.




Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.





Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.




Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.










sekian


:::::::::::::::::::::::::::::::::::;

Related Posts with Thumbnails