Monday, January 31, 2011

~~pra alam pekerjaan yang ditunggu-tunggu~~


hari ni seharian hujan lebat... dah rase mcm dok klate doh. aku mmg dah agak biase ngn cuaca sebegini.. ibarat langit gambang yg sentiasa mencurah curahkan air ke bumi. eh macam pernah dengar lakkan ayat kat atas 2. sebenarnya aku ader plan yang nk dilangsungkan pagi tadi. tapi disebabkan hujan yang non stop, maka dengan hati yang cekal dan sanggup meredah hujan petir aku pun meneruskan misi aku. haaaa... nak tau misi apa. cecite2. ( tetiba teringat gaya classmate aku suhaila yang belajar menyebut perkataan cecite2 sambil kelihatan giginya yang sama sebaris sebijik macam gigi palsu).. opsss... terngumpat. sila rahsiakan hal ini.





berbalik kepada misi aku.dengan payung baru free disponsor oleh double A, aku meredah hujan( dengan berjalan kaki okey).. untuk apa?? mengapa?? aku mengusya usya company2 construction ataupun consultant engineering untuk dihantar resume bagi tujuan Latihan Industri( LI). Untuk pengetahuan korang, aku tidak keseorangan.. aku ditemani oleh anis... heeee.... habis 1 taman desa kami terokai.





Dengan hati yang suci lagi ikhlas, disusuli dengan niat yang murni, aku telah menjumpai lebih dari 10 buah company.. alhamdullilah... step 1. selesai. terima kasih kepada rakan-rakan kelas yang sememangnya senior mengenai hal ini. mereka telah mengarahkan aku untuk turun padang sendiri. aku sememangnya amat mentah dalam bidang ni. ibarat bayi yang baru lahir.. tak tahu pape mengenai industri. Jadi, tanpa bersegan silu, aku pun melontar lontarkan bertubi- tubi soalan kepada2 mereka. terima kasih sekali lagi aku nak ucapkan. walaupun belum tentu dapat ke tidak. sekurang-kurangnya allah telah memberi jalan untuk aku. aku percaya allah telah memilih jalan yang terbaik untuk umatnya.





kemudian step ke-2 aku akan cuba mengoogle company2 tersebut dengan lebih lanjut. selepas berpuas hati dengan jenis2 projek yang dijalankan. aku akan membuat panggilan kehormat ke company tersebut untuk tindakan selanjutnya.hehe... dan esok aku akan hantar sendiri resume dan detail2 ke company tersebut. bak kate kawan2 senior sekelas, biar nampak kesungguhan kita ni nak dapatkan tempat 2. Kalian semua, Doakan aku agar semuanya berjalan dengan lancar. Insyaallah...













sekian




>>>>>>>>>>>>>>>>>>



Sunday, January 23, 2011

~~koir + teater = teater muzikal ~~


huh!! memang sangat penat hari ni, siyesly x larat. ini pun baru bangun dari ketiduran dek kerana sangat sakit satu badan.memang terasa penangannya setelah semua all out. ape yang all out? haaa... ini yang aku nak cerita. hari ni berlangsungnya pertandingan lagu puisi peringkat ipta. harapnya anda semua sudah sedia maklum, ump adalah pembuka bagi tahun 2011 di bawah kempen " apakah dosaku "... hebat bukan.




oleh yang demikian, kumpulan kebudayaan ump gandingan koir dan teater telah berganding bergabung tenaga.meh cini aku ringkaskan.. koir + teater = teater muzikal...
buat pertama kalinya, aku menjadi pelakon teater, huh.. boleh bayangkan tak aku yang jenis suka gelak dan periang ditugaskan watak menjadi seorang ibu angkat. cukup sedih, apabila kita menghayati cerita tersebut. aku sendiri mengalir air mata apabila berada di atas pentas. ditambah pula watak aku yang sedih bagai.. heee..




memandangkan kami pernah menyertai koir diraja, suara kami memang mantap. masing-masing mempunyai auranya yang tersendiri. memang meremang bulu roma mak dengar.. ulasan dari cikgu koir diraja kami memang cukup ummmm... inilah pengalaman pertama aku berada atas pentas sambil memegang watak. turun jer back stage, melompat sakan, terasa beban 100kg luruh ke bumi. klu beban lemak turun betul2 ..ramping aku ni..kan...



lepas ni, kehidupan kembali seperti biasa, 2 projek mega harus diselesaikan. memang seminggu ni aku agak sibuk dengan aktiviti sebegini. itupun telinga aku dah berasap dengar desas desus yang aku x buat kerja. heyyy hanjing... siap ko aku kerjakan. rasalah penangannya nanti... ko pilih, nak rm50 @ rm100... ko blum kenal sapa aku...







practiced kat studio...hafal diolog



gandingan mantap ahli kelas... semangat kesukuan kelas memang kuat..










>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



sekian

Monday, January 17, 2011

~~kelebihan surah al-mulk~~




Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."




Sunday, January 9, 2011

~~mahukan kulit cantik~~


assalamualaikum semua.
salam pembuka bicara. tahun baru , bulan baru, tarikh baru, nafas baru semua nya baru. memandangkan ini adalah 1st entry untuk tahun ini, cik maz nak berpantun dua kerat... dengar yer...


anak kera makan dodol
terasa nak makan cendol


sila melelehkan air liur jatuh ke lantai...


anak itik main tepi perigi
sapa yang suka bersugi....



kebersihan separuh dari iman.


hoho..



main bola dengan anak jantan
rasa nak sepak anak setan


syaitan adalah musuh ketat manusia, x caya cuba lihat disekeliling banyak setan sedang menghasut anda.


hahhahahaha ...dah3.. kreatif x aku. keh3..



sebenarnya... ramai asyik tertanya -tanya aku.. ape yang ko makan ek?? opsss... jangan salah paham.. selain dari bertanya keadaan fizikal aku yang berubah, mereka ini juga menanya mengenai kulit aku... hwahwahwa.. mau kembang sebentar...



jadi sekarang aku keluar kan sedikit tips.. kalau mau kulit cantik, gebu ,sihat, putih i x sure.... senang2 korang g la kikis kulit sampai putih.. huh.. senang bukan..




mai ni ceq nak habaq, oppsss... terkelua.. sebenarnya kulit aku dipelihara sejak dari dalam perut lagi..bukan mau membongkakkan diri, tapi inilah realitinya. berdasarkan cerita2 mak aku. masa mengandung dulu beliau suka minum air soya. itu menurut emakku. lagi 1 sifat semulajadi beliau memang suka makan sayur-sayuran, ulam-ulaman especially. kalau x percaya, tanya jer ulam ini, ulam itu. habis semua beliau kenal. dari ulam yang orang original panjat sampai la yang menjalar- jalar. habis di sentapnya.


heeee...


sekarang ni. semua yang mak aku makan turun kat aku. kalau balik kg. umah sape yang ader ulam sedap ... habis aku serang..hahah.. dari yang x kenal aku ni cucu pak teh( panggilan orang2 kg. atuk ku).. habis semua kenal.. ulam ape yang aku x bedal daun mengkudu pun aku sentap. semua orang takut makan ulam .. rebus2 yang pahit. tapi aku tidak. semuanya selamat masuk dalam perut aku. sapa boleh makan peria katak mentah, angkat tangan. sudah tentu x ramai bukan yang sanggup makan. orang tua-tua kata pahit itu ubat, jadi, apa geleng-geleng lagi, sila pergi pasar atau kedai ataupun cafe.. amek sayur peria untuk makan. hah.. ape tunggu lagi.



ramai yang bertanya. x pahit ke peria 2. memang la pahit sedikit, tapi pada kebiasaaanya bila kita nak guna dalam masakan. biasenya peria ni akan direndam sebentar dalam air garam untuk mengurangkan rasa pahitnya. jadi kesimpulanya rembat je semua jenis ulam ...wokei... kulit mau cantik!!!... telan saja la labu...



buat2 penggemar ulam-ulam, cuba tengok kulit mereka.. cantik bukan, halus, payah nak tumbuh jerawat, licin seterusnya gebu.. bagi sapa-sapa yang kulit ala-ala kulit kayu manis, sila padamkan sahaja hasrat dihati anda untuk memutihkan kulit, x putih mana pun kulit 2 kalau pakai set produk itu ini. bermake up sana sini buat kelabu muka jer.. baik anda semua beli ulam2 yang aku cakap ni. haaa..berbaloi- baloi..



haish lupa.. dok bumberang bumberang..contoh2 ulam yang senang nak dapat kat pasar.. semua ulam ada kat sana.. pasar... fresh.. segar...terbail dari ladang. ulam pegaga ada, ulam raja, ulam jantung pun boleh.ulam pucuk gajus,ulam kacang panjang, kubis bulat, ulam kacang botol..buah kerdas..jering ...ulam timun,bagi yang berlagak mat salleh 2 boleh makan salad... paling sodap.. ulam petai..hwahwahwa...



okey lah...mau beredar dahulu..










sekian



-------------------------------


Related Posts with Thumbnails