Sunday, February 20, 2011

~~penemuan baru mengenai khasiat budu sebenar~~

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadikajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".



Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.



Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.



Hidangan budu bersama nasi kerabu
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).



Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.




Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.




Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.




Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.





Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.




Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.










sekian


:::::::::::::::::::::::::::::::::::;

Friday, February 18, 2011

~~mahu anak angkat ramai-ramai~~


bangun pagi conforter dah jatuh bawah, sarung bantal peluk tercabut, bantal2 kecik dah jatuh bawah katil semuanya. buasnya anak dara ni tidur. tinggal x der history lagi jatuh katil kat asrama. haha..


hari ni aku excited nak kongsi cerita dengan kamu2 semua. aku dah ader anak angkat, wah gigih sungguh mama muda ni. tiap2 hari sayang lebih kat mereka. pagi2 sebelum g kuliah meng spendkan masa paling kurang 10 minit untuk bermain dengan anak-anak.tengahari dan seterusnya malam. Mama mithali x aku.wakakaka.

kenakalan mereka buat aku geli hati, seronok sebenarnya hidup ni bila kita dapat berkongsi dengan mereka. sungguh sweet... main kejar2.. gigit2 manja. waaaaaaaaaaa... teruja sekejap. okey..pagi ni x pergi main lagi dengan mereka. Anak angkat aku ader 4 sumenya comei2 belaka. bulunya lebat2 cihat2 dan ganteng2.



bila main dengan mereka2 ini, hati aku tenang, gembira, senang hati. hati kiter akan tenang, lapang bila kiter kasih dekat haiwan. mereka yang akan berdoakan untuk kiter. huh.. kenapa tidak dulu!!!!! mengapa sekarang... mungkin sekarang allah dah bagi hidayah dan kekuatan kat aku untuk kasih kat haiwan2..heee...ayat islamic


yang sebenarnya aku ni dulu seorang yang takut dengan kucing x tahu la kenapa??? mengapa?? bile kena kejar dengan kucing aku yang lari kencang..hahhaa..memenag lucu.. orang kene kejar dengan anjaing..aku , kene kejar dengan anak kucing.namun..sekarang tidak lagi.. aku dah berjaya memebelai-belai dan bagi kasih sayang lagi kat kucing 2. wah~~

mai ni nak habaq..apa sebenarnya sejarah aku nak belajar pegang kucing. al-kisahnya, baru2 ni, aku tengok opah aku penyayang sangat kat kucing, tatang kucing tu macam anak. dukung2, cium2..haish..naik jeles tengok pun ader..haha.. lagi 1, dekat umah pak cik aku pun ader sekor kucing. kucing ni cntik, putih suci bulunya. tapi sayang , aku x berani nak mendekatinya.heee.. x per.. lain kali andai ader rezeki, aku usung kucing 2 sane sini..kannn..baru hott... hehe









sekian


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Thursday, February 10, 2011

~~kalau pening semua benda x jadi kerja ~~


hari ini sangatlah panas, aku yang jenis tidak memerlukan payung dikala panas kecuali hujan pun terasa bahangnya. oleh yang demikian, pening kepala menyelubungi diri.aahhhhhhhh x tahan.. masa kat kelas tadi bertahan jer.. itu pun sempat lagikan melepak kat belakang sembang2.



hari ni panas memang lain macam. tambahan pulak hari ini kurang minum air..walak weiiii.. plan sebenarnya naik turun padang kayuh basikal bersama-sama classmate, tapi apa ka daya, badan dah x mampu nak berdiri.




pada mulanya kusangkakan ku lapar, sebab itu pening. lepas habis class cepat2 pergi cafe dan 4 bijik donut (kecik2) telah tertelan. rasa lega ckit..tapi masih x lega2 pening ni.. haish....apa mau buat ni.. lepas habis tolong hajar cari buku kat library, terus angkat beg berangkat pulang ke kamar indah. sesampai dibilik habis semua benda dibuka dan terus terlelap..huh.. akhirnya lelap jugak aku. impian untuk kayuh basikal bersama-sama teman2 class hanya tinggal mimpi... mesej di hanpone tidak terbals.... sorry my friendss.... memang x sedar.. i dah berlayar jauh...




bangun dari tidur pun x lega jugak.. apa nak buat ni mak... kerja menimbun.. x kan aku nak terbaring dalam bilik semalaman.. ini x leh jadi... tuala kuningku terusku capai dan shower time.... sembahyang... rehat.... seterusnya kemas2 bilik pun x baik lagi... option yang terakhir..makan penadol.. tp perut lapar.. harus makan dulu... tangan cepat2 capai baju dan seluar tudung terus turun cafe.. makan yang diorder nasi goreng cili padi + sup kosong ( sekali sekala makan nasi malam x ape kan)...




naik atas... terus lahap semua mknn2.... hahhhh.... tiba-tiba... pening pala tu on the sport hilang.. wah~~ sebenarnya ko lapar rupanya. jadi, sekarang saya sudah gembira kerana pening suda ilang.. kerja pun sedang menanti.. wokei... mau siapkan assigment.... papaiiii...






sekian


- - -- - - - - - - - - - - -

Wednesday, February 2, 2011

~~kejadian pertama kali dalam hidup~~


untuk 3 hari 2 malam ni... aku akan menginap dihotel Azimah... sape duduk Pasir putih yang x tau.. memang patut nyah dari situ. Harganya berpatutan, berbaloi dan siap boleh diskaun lagi, memandangkan aku ngn family jadi customer tetap setiap tahun.kann..



hari ni straight 2 the point... x nak introdution yang mengarut ngarut...



nak dijadikan cerita, semasa di raub, kami telah terlanggar pak cik tua ni yang sedang melintas dengan motosikal jenama " wave"..nya. huh. malang x berbau harum.. aku pulak masa 2 tengah syok tidoq sambil menutup separa badan dengan mini selimut. jadi x dapat nak tengok camna kejadian 2 berlaku...




kesian memang kesian, tapi nasib baik pak cik hanya luka ringan ditapak tangan, lutut dan sakit2 dibuku lali. memang tua sangat2 pak cik ni. terketar-ketar pak cik ni. pengajaran dari tragedi ini. berhati-hati lah dijalan kawasan kampung. walaupun kat citu dah terlukis terang benderang double line... huhu...


kesannya no. plat kereta berderai jugaklah tengah jalan....



harap korang paham dengan apa yang cuba aku sampaikan...









sekian



>>>>>>>>>>>>>
Related Posts with Thumbnails