Monday, January 31, 2011

~~pra alam pekerjaan yang ditunggu-tunggu~~


hari ni seharian hujan lebat... dah rase mcm dok klate doh. aku mmg dah agak biase ngn cuaca sebegini.. ibarat langit gambang yg sentiasa mencurah curahkan air ke bumi. eh macam pernah dengar lakkan ayat kat atas 2. sebenarnya aku ader plan yang nk dilangsungkan pagi tadi. tapi disebabkan hujan yang non stop, maka dengan hati yang cekal dan sanggup meredah hujan petir aku pun meneruskan misi aku. haaaa... nak tau misi apa. cecite2. ( tetiba teringat gaya classmate aku suhaila yang belajar menyebut perkataan cecite2 sambil kelihatan giginya yang sama sebaris sebijik macam gigi palsu).. opsss... terngumpat. sila rahsiakan hal ini.





berbalik kepada misi aku.dengan payung baru free disponsor oleh double A, aku meredah hujan( dengan berjalan kaki okey).. untuk apa?? mengapa?? aku mengusya usya company2 construction ataupun consultant engineering untuk dihantar resume bagi tujuan Latihan Industri( LI). Untuk pengetahuan korang, aku tidak keseorangan.. aku ditemani oleh anis... heeee.... habis 1 taman desa kami terokai.





Dengan hati yang suci lagi ikhlas, disusuli dengan niat yang murni, aku telah menjumpai lebih dari 10 buah company.. alhamdullilah... step 1. selesai. terima kasih kepada rakan-rakan kelas yang sememangnya senior mengenai hal ini. mereka telah mengarahkan aku untuk turun padang sendiri. aku sememangnya amat mentah dalam bidang ni. ibarat bayi yang baru lahir.. tak tahu pape mengenai industri. Jadi, tanpa bersegan silu, aku pun melontar lontarkan bertubi- tubi soalan kepada2 mereka. terima kasih sekali lagi aku nak ucapkan. walaupun belum tentu dapat ke tidak. sekurang-kurangnya allah telah memberi jalan untuk aku. aku percaya allah telah memilih jalan yang terbaik untuk umatnya.





kemudian step ke-2 aku akan cuba mengoogle company2 tersebut dengan lebih lanjut. selepas berpuas hati dengan jenis2 projek yang dijalankan. aku akan membuat panggilan kehormat ke company tersebut untuk tindakan selanjutnya.hehe... dan esok aku akan hantar sendiri resume dan detail2 ke company tersebut. bak kate kawan2 senior sekelas, biar nampak kesungguhan kita ni nak dapatkan tempat 2. Kalian semua, Doakan aku agar semuanya berjalan dengan lancar. Insyaallah...













sekian




>>>>>>>>>>>>>>>>>>



No comments:

Related Posts with Thumbnails