Monday, November 29, 2010

~~berjalan sambil mengkaji~~



apa yang anda dapat kaitkan dengan hasil gabungan picture2 di atas. haaaa... ni ceq nak habaq..opsss terkeluaq bahasa kedah. "terkeluaq". silap.. terkeluar.. semalam + kemarin aku terlibat dengan semua aktiviti di atas. semuanya di atas kan. dah macam ala2 surat rasmi dah.




pic no. 1: aku g makan kenduri kawen dekat bangi, taman ape lupa lak nama dia. rasa teruja sekejap, sebab yang kahwin ni adalah jiran lama aku. sekarang beliau bekerja sebagai seorang pensyarah. nama beliau jugak kebetulan nak dekat dengan nama ak. " nur malina". hampir sama bukan. hanya tabah "z" sahaja maka jadilah " nur mazlina". hhahahahaah... kalau dah nama kenduri jiran2 lama, sudah tentulah berjumpa dengan jiran2 lama. sekarang ni semuanya dah mencapai ketinggian tahap maksima atau bahasa lainnya nampak la kematangan mereka2 ini, handsome2 belake, yang terbaru ak dah jumpe dengan seorang bakal engineer, abroad kat australia. hebatkan teman2 sepermainan ak dulu(walaupun masa main asyik kene jadi goal keeper jer). seriusly memang bangga giler dengan diorang.okey, cukup untuk 1 pic.eh... tertinggal, nmpk x piala yang tercangak kat atas 2. piala 2 bukan ak punya.. hahhaa. piala itu adalah hasil kemenangan adik bongsuku. menang emas pertandingan futsal anjuran DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR. hebat kan. ( bangga dengan adik kejap).





pic no. 2 & 3( budak kecik pegng straberi):entry lepas, aku pernah menceritakan al-kisah budak kecik ni.apa yang mengagumkan aku, budak kecik ni atau nama manja dier " baby isha" suka sangat makan buah strawberi. aku panggil dier anak orang kaya. sebab suka makan buah strawberi. memang sedap. sekali dengan aunt2 dier bantai skali. hehee... sedap. strawberi yang di import lebih sedap dari strawberi cameron highlands. aku bukan nak menganak tirikan strawberi tempatan. tapi itulah faktannya, strawberi cameron hanya sedap di makan masa kat cameron sahaja. benarkan kawan kawan. walaubagaimana pun straberi cameron pun sodap jugak. cuma masam jer cikit( bile bawa turun).





pic no. 4:ini adalah pemandangam kuala lumpur. mase ni ak menginap semalam dekat grand season hotel. hotelnya lawa, lobbynya pun cantik. tapi 1 benda jer ak x berkenan, hotel ni mengamalkan konsep "clean & dry". pape je la. kalu salah bagi tau ek. seriusly, memang susah nak "melabuq". bahasa kedah. sila pahamkan...kenapa lah suka sangat buat konsep 2. dah menyusahkan penduduk malaysia. walaupun kami bukan pelancong asing, ataupun bangsa cina, respect la sama. Malaysia negara islam, so??? paham2kan la. tak boleh ke malaysia membuat standard piawaian tersendiri bagi mendesign sesuatu tempat(mentang2 aku belajar design umah).. huh.. memang sangat kecewa kot. dan nak diingtkan kepada semua, salah satu dari tanda2 akhir zaman, muncullah banggunan2 pencakar langit. lihat banyak bukan bangunan seperti itu. memang tidak dapat dinafikan (aku sendiri duduk umah yang hampir boleh dikategorikan pencakar langit, hamek ko. tingkat 16 umah ak, helikopter dah macam lalu atas kepala.)





p/s: harap entry x basi lagi, i kasi panaskan balik.










sekian




""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Thursday, November 25, 2010

~~menghitung saki baki kehidupan~~


mata sudah merah!! pipi sudah panas!! bibir sudah kering!! tangan sudah lengoh!tekak terasa perit!! petanda apa ini... oh tidak.. jangan kate i nak demam.. tolonglah jangan. setiap kali balik rumah. mesti simtom2 ni berlaku. tak kan elergic balik rumah. haha.




okey la. hari ni habis semua all out. all out lah dah paper terakhir untuk sem 5. 3 sem sedang menanti anda. itu pasal penyakit baru nak datang. haish.. tolonglah jangan demam, aku nak balik kampung, aku nak gi bejalan sepanjang cuti.




hmmmm. mau packing baju, malas, mau lipat kain.. nasib baru habis lipat. mata dah berkelip kelip kebasahan, katil melambai lambai.sampai sini sahaja. kalau tak ader arang melintang, i kasi cun ini entry. daaaaaaaaaaaaa...eh lupe.. kepada kengkawan... happy holiday. jangan main mercun. t putus jari( merry chrismas)














sekian



"""""""""""""""""""""""""""""""

Sunday, November 21, 2010

~~bila cafe ump tutup ~~



ump tutup!!!... opsss tidak..ump x pernah tutup. melainkan hanya gate yang ditutup, gare2 pak guard. eh silap kene sebut dua2 pak guard and mak guard yang malas nak jaga 2 buah laluan. pernah jugak terdetik aku nak bertanya. mengapa pintu masuk hanya dibukak pada 1 laluan sahaja. any reason?? .. memang sangat annoying. kadang traffic sesak depan situ gara2 hanya satu laluan sahaja dibukak. memang bengong. asal kau takut sangat nak bukak 2 laluan, takut perompak!! pencuri!! atau perogol!! dah 2 ape guna ko ader kereta peronda yang 4 X 4 drive dan motor besar yang keje nak menyaman orang jer. x per tunggu 1 hari ak akan tanya. kisah ini sebagai pembuka cerita sahaja, hehe..




hari ini nak mengupdate kisah beraya aku di ump ni.sambungan dari entry lepas orang makan rendang daging, soup tulang, kari daging, serba serbi daging. Ak makan makanan masakan beramai ramai. Nak tau ape yang kami sediakan untuk menu special raya. haaaa... tom yam, tempe dengan kentang tumis dan papedom. memang special kan menu ni. ape nak buat cafe pulak tutup, 2 hari makan kene masak sendiri. nasib baik ader kawan sekelas yang x balik. maka bolehlah pergi pasaraya untuk membeli bahan2.




berselera makan cik kak, dah lapar. hahaha... semua bantai habis licin sampai malam. walaupun simple masakan kami, tapi boleh la dikatekan sedap ( buktinya sampai menghirup hirup oshie & moon hingga menjilat sudu). ini kalau nak suruh masak untuk mak mertua ni lepas dah. bukan lepas apa, lepas la dari mati kebuluran. hoho~~ oit...mulut kau!!!




okey... tak nak cerita banyak, mau sambung study.buat peminat tom yam tafsirlah lauk pauk special raya kami berdasarkan physical outlook. nak bagi rasa dah habis daa...ahak..




memandangkan kami semua bujang, maka inilah lauk pauk bujang yang kami ketung ketangkan.

tom yam malaysia. "hostel made"

papedom memang x leh tinggal.

resepi oshie.

bihun goreng.. santapan tengahari esoknya. decoration ala2 hotel tak boleh nak buat.
bajet lari.





p/s: kari ikan x jadi nak masak. gara2 ikan x segar.











sekian




--------------------------------

Tuesday, November 16, 2010

~~semua balik~~


mengapa semua orang balik?

1. sebab nak raya... aku?
2. sebab dah habis exam



itulah benda yang ak dah dengar dari mereka mereka ini. wah~~ seronoknya, tarik beg roda ke sanan ke sini, pakai lawa2 sebab nak naik bas. beg besar, menandakan mereka ini akan balik trus sebulan. beg kecik menandakan mereka ini akan pulang kembali untuk menjalankan sedikit tugas. tugas apakah itu. sudah tentu tugas yang no. 2 diatas dan aku pulak duduk dibilik sambil menyelak nyelak buku hendak di baca di hafalkan. sedang mencari mood untuk study. oleh sebab raya, habis semua kedai dan cafe dah tutup. almaklumlah siapa nk berniaga raya2 ni. ok. fine. esok x tau nak makan ape. Nasib baiklah tadi terdetik nak buat nasi goreng. bahan2nya memang cukup ringkas, tapi berbaloi, memang air tangan kami bertiga ( moon, oshie , aku) sedap.buktinya habis licin kami bedal.





tetiba terfikir. menu apakah mau makan esok? OMG!!! 1st raya di perantauan, dan semua lauk pauk raya tak dapat makan. jadi untuk memenuhkan perut untuk esk, so kami cadang untuk memasak kari ikan, goreng sayur campur, goreng papedam, ikan masin. dan ulam timun. untuk menu malam kami cadang nak buat bihun soup, fuh. ini jer menu yang paling ringkas yang kami boleh sediakan. harap2 esok pasaraya tidak beraya jugak kan. hahaha




oppss....atuk opah di. kampung lupa nak call untuk wish selamat hari raya. sedih sungguh x dapat beraya dikampung,okey, kejap g kena call.... x per, ijazah punya pasal, akan ku korbankan jiwa dan ragaku. sekurang kurangnya ader gak story untuk dicerita pada anak- anak kita t. oooopppsss... kawen ke ak ni. hahahahhahahahah. ayat pertama yang akan dikeluarkan " mama dulu tettttttttttttt.........." sila habiskan karangan anda tidak melebihi 120 patah perkataan ( format UPSR).





okey lah sebelum berpisah, empunya belog ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha. buat sesiapa yang blum habis paper dan pulang beraya, ingat pesan ni, jangan makan daging sampai demam. hoho~~














sekian



**************************

Friday, November 5, 2010

~~project besar~~


huh!!! selesai jugak kerja assigmnt mggu ni. bayangkan la. dah 3 malam tidur x berketepian, tidak terurus langsung. assigment asigment assigment. memang adatlah jadi seorang pelajar x lekok dari membuat assigment. tapi kali ini rasa tercabar sungguh. banyak benda yang perlu dikira. walaupun anggota kami 5 orang sahaja. berkat rezki, allah menganugrahkan 5 orang lagi untuk membantu kami bersama sama menyiapkan projek rumah double story semi- D. Mungkin kali ini rezki kami, teman sehidup semati bilikku mndapat projek yang sama. masyaallah.punyalah besar nikmat allah nak berikan. nak dijadikan cerita aku dengan faira mendapat projrk yang sama. Jadi, secara automatiknya terjalinlah kerjasama antara 2 benua kami.



Sangat bersyukor segala kerja diringankan sedikit demi sedikit. Walaupun kadang-kadang ader jugak nak rasa marah dekat mereka mereka ini. hehe... tak pe.perkara dah lepas. bermalam malam kami berganding bahu nak menyiapkan projek ni. Bayangkan lah rumah yang besar kami kene design. huh tercabar tercabar. Nasib la group member aku ni jenis yang mempunyai semangat keanggotaan yang kuat walaupun berlaku sedikit pertelingkahan antara kami (berhari hari jugak bermasam muka).walaubagaimana pun insiden ini dah settle...



banyak benda yang nk diceritakan, tapi tak terkira. Ak dah jumpa hikmat disebalik kejadiannya. Kalau nak diceritakan dalam blog memang akan panjang berjela jela. ak highlight kan yang penting2 sahaja. Hashimah, atau lebih dikenali dengan nama manjanya " oshie" banyak sungguh main peranan. Tidak lupa jugak member2 group yang lain terutamanya " matt" yang banyak mencurah curah idea. pembantu engineer kepada oshie.



sebanarnya setiap orang ada peranannya yang tersendiri.haha..




Oshie sebagai senior engineer. semua design2 yang blur mesti rujuk disini
matt sebagai pembantu engineer. terlibat dengan pengendalian software
moon sebagai pembantu engineer. terlibat seperti draft women.
zam sebagai _____________. tidak dapat dikenalpasti pangkat beliau. design2nya amat berisiko untuk r****h.. hahahhaa...berdasarkan pengalaman.
maz(ak sendiri) sebagai quality surveyor melakukan maintance ahli group dan membuat penyelarasan segala projek.





fifi sebagai pembantu engineer. segala designnya amat berkuality sekali.segalanya dibuat dengan terperinci.
ilyas sebagai pembantu engineer. dikepit 2 wanita jelita semasa projek dijalankan.aset utama
cena sama pangkat dengan ak...
faira sebagai mat dispatch...haha..kerja dia MENGENALPASTI dan MENGHANTAR tender2 design yang bermasalah
surain sebagai pembantu engineer..





apabila semua ini kepala bergabung maka terhasilah sebuah rumah yang indah dan amat mengutamakan safety. sambil tangan bergerak mulut x berhenti henti berceloteh sambil diiringi dengan nyanyian solo, duet dan berkumpulan... memang riuh rendah. walaupun tension, tapi kami tetap bergembira..ak percaya, pada masa macam ni lah hubungan kami bertambah mesra dan rapat. huhu. harap2 sem depan kiter boleh bergabung sekali lagi..




design yang dimasukkan dalam esteem

detailing beam






p/s: disebabkan projek kami telalu menarik. jadi company di office hadapan, sering mencuri design design kami.











sekian




::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Related Posts with Thumbnails